Proses perbincangan agihan kerusi antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri berlangsung dalam suasana yang memberangsangkan.<br /><br />Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiada sebarang kesulitan yang berlaku setakat ini dan proses juga berlangsung mengikut jadual bagi negeri yang terlibat.
