Rakaman sulit wartawan Jepun Kenji Nagai, diambil beberapa saat sebelum dia dibunuh semasa membuat liputan protes antikerajaan Myanmar 2007, telah disiarkan kepada umum pada Rabu oleh ahli keluarganya.<br /><br />Nagai, yang ketika itu berusia 50 tahun, dilihat ditembak dari pada jarak dekat oleh seorang anggota tentera Myanmar ketika membuat liputan tunjuk perasaan antikerajaan di Yangon.
