Polis tahan reman lelaki ugut baling Anwar mercun bola

BERITA SEMASA 28 APRIL 2023

Seorang lelaki berumur 24 tahun yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata penahanan reman itu dilakukan susulan pihaknya telah mengesan satu ciapan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter Mat Sekilau/Membalak @apanakdikato.

Katanya, menerusi ciapan berkenaan ia memaparkan tangkap layar individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan “Boleh Pasang nanti bang Non Mai klate, Kasi ajar sikit” untuk membaling mercun bom.

Artikel: https://bit.ly/3Vg1PtL

Muzik: Elevate dari www.bensound.com