Suami isteri mengaku salah aniaya anak hingga mati

BERITA SEMASA 3 MEI 2023

Suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini atas tuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Azura Md Amin.

Tertuduh S Nagendran, seorang pengawal keselamatan yang juga bapa tiri kepada mangsa dan isterinya, A Sangeetha, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan dihadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Artikel: https://bit.ly/3LpyU1X

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#MojoLive #SinarHarian