BERITA SEMASA 4 MEI 2023<br /><br />Polis menahan seorang lelaki susulan kejadian samun bersenjata parang panjang di lorong belakang sebuah kedai emas di daerah Kuala Pilah pada pagi Rabu.<br /><br />Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, lelaki berusia 50-an itu ditangkap di daerah itu lebih kurang jam 10 malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Kuala Pilah.
