Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperkenal sistem amaran awal tanah runtuh sebagai antara usaha pemakluman sekiranya terdapat kejadian pergerakan tanah di ibu kota.<br /><br />Datuk Banar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh memaklumkan sistem itu akan dilaksana bagi keseluruhan ibu kota secara berperingkat dengan memberi keutamaan kepada lokasi berisiko terlebih dahulu.<br />