Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menggondol Anugerah Kecemerlangan Geospatial Dunia 2023 bagi kategori penggunaan serta penyelesaian teknologi geospatial angkasa dalam bidang keselamatan makanan dan pertanian.<br /><br />Anugerah itu diberikan sempena persidangan Forum Geospatial Dunia 2023 yang berlangsung dari 2 hingga 5 Mei 2023 di Pusat Konvensyen dan Hotel Postillion, Pusat Dagangan Dunia Rotterdam, Belanda.<br />
