Hasrat 120 pembeli rumah di Taman Sri Purnama Fasa Tiga di Gong Cempedak, Marang untuk menduduki kediaman sendiri tidak kesampaian selepas projek tersebut gagal disiapkan dan dibiarkan terbengkalai.<br /><br />Menurut pembeli, projek perumahan itu telah dijalankan sejak tahun 2016 dan dijadualkan siap pada tahun 2019 namun sehingga kini ia masih belum siap.<br />
