Ibu bimbang anak bongsu hilang lebih sebulan

BERITA SEMASA 9 MEI 2023

Seorang ibu bimbang akan keselamatan anak perempuannya, M.Tavanes Vary yang hilang sejak lebih sebulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian,Norafidah Assan.

A.Laletha, berkata, ketika kejadian pada 3 April lepas, Tavanes atau mesra dipanggil Tava bersama anak sulungnya berada di kedai bunga miliknya di Pekan Bahau, Jempol, Negeri Sembilan, sementara dia keluar menghantar barang di kawasan berhampiran.

Katanya, dia sekeluarga tidak pernah berhenti mencari dan memikirkan nasib menimpa anak bongsu dari dua beradik itu.

Artikel: https://bit.ly/42DyvAc

Muzik: Ofelia's Dream dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian