60 peratus bekas tentera pilih jadi usahawan - Adly

BERITA SEMASA 9 MEI 2023

Kira-kira 60 peratus bekas anggota tentera yang telah menamatkan perkhidmatan memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya kedua mereka.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, bagaimanapun kementerian sentiasa menyusun peluang pekerjaan lain bagi memastikan kehidupan mereka lebih terjamin selepas bersara.

Menurut Adly, pihaknya akan menyusun semula peluang pekerjaan di dalam Kementerian Pertahanan sendiri sama ada dalam GLC atau syarikat-syarikat swasta yang berkaitan dengan kementerian itu.

Artikel: https://bit.ly/41hivT5

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian