BERITA SEMASA 10 MEI 2023

Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, berkuat kuasa Jumaat ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pelantikan semula Tan Sri Azam adalah untuk tempoh selama setahun dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.