BULETIN TIKTOK 10 MEI 2023

Selepas menunggu sekian lama, kumpulan muzik popular dari Britain Coldplay akhirnya singgah di Malaysia dalam Jelajah Dunia Music of the Spheres November ini.

Bukan sahaja peminat yang teruja dengan kedatangan kumpulan itu, malah beberapa pemimpin tanah air juga turut berkongsi rasa serupa.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengalu-alukan kedatangan kumpulan yang terkenal dengan lagu "Yellow" dan "Paradise" itu.