Penglibatan dan sokongan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kepada Proklamasi Orang Melayu yang digagaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jadi antara isu panas dalam politik baru-baru ini.

Walaupun kedua-duanya musuh ketat sebelum ini, namun agenda baru ini dapat menyatukan mereka dan dijangkakan ia disebabkan ada sasaran di depan yang ingin mereka tuju iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN).

Apakah yang diharapkan kedua-duanya dari pihak yang satu lagi hasil kerjasama ini? Berbaloikah Perikatan Nasional (PN) khususnya Pas menggunakan modal kempen yang sama seperti Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu? Wujudkah elemen lain yang bakal mengubah corak pengundian dalam PRN nanti?

Ikuti kupasan isu ini, 'Proklamasi Orang Melayu modal PRN?' dihoskan Haizir Othman dalam Plot Twist Episod 17.