Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang akan berlangsung pada 14 Mei ini akan menjadi titik tolak kolaborasi yang lebih utuh membabitkan 19 parti dalam gabungan itu.

Majlis julung kali diadakan itu dijangka akan terus memperkukuh perpaduan dan kerjasama sehingga ke peringkat akar umbi antara parti yang membentuk kerajaan.

Sebelum itu, jom imbas semula apa itu Kerajaan Perpaduan yang dibentuk setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022 selepas mendapat perkenan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja susulan gabungan ahli-ahli parlimen PH, BN dan lain-lain melebihi angka 112 orang.

Untuk berita komprehensif dalam dan luar negara tekan link di bio atau terus ke Story untuk baca berita terkini.

#SinarHarian #SinarTerkini #Politik #KonvensyenNasionalKerajaanPerpaduan #KerajaanPerpaduan #AnwarIbrahim