Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengakui sukar bagi kontinjen Malaysia mencapai sasaran 40 pingat emas pada temasya Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja. <br /><br />Mohamad Norza bagaimanapun yakin sekiranya kontinjen negara meningkatkan prestasi sudah pasti mereka mampu melakukan magis bagi menambah koleksi pingat emas sedia.<br />