Surprise Me!

Pengunjung diberi amaran, aktiviti dihenti sementara waktu

2023-05-15 3 Dailymotion

BERITA MOJO 15 MEI 2023

Aktiviti rekreasi dan sukan laut di kawasan pantai sekitar Pulau Pangkor dihentikan buat sementara waktu susulan keadaan laut bergelora dipercayai kesan Siklon Mocha, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Keadaan itu dikongsi penduduk setempat menerusi beberapa rakaman video menunjukkan laut bergelora menghasilkan ombak lebih besar berbanding situasi biasa hingga melimpah ke laluan kenderaan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, ombak besar melanda kawasan perairan itu paling ketara di Pantai Teluk Nipah sejak empat hari lalu.

Menurutnya, keadaan itu dipengaruhi cuaca dihadapi negara ketika ini yang berada dalam fasa peralihan monsun Barat Daya.

Artikel: http://bitly.ws/ExQi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian

Buy Now on CodeCanyon