Surprise Me!

Pesta kepah di Kuala Kedah

2023-05-17 1 Dailymotion

Pesta kepah di Kuala Kedah

BERITA SEMASA 17 MEI 2023

Fenomena ribuan kepah naik ke darat di pantai berdekatan Kota Marina, Kuala Kedah, menyebabkan orang ramai berpusu-pusu mengutip hidupan laut itu untuk dibawa pulang sejak seminggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nurl Hidayah Hamid.

Fenomena yang jarang berlaku itu menyebabkan penduduk sanggup berpanas selama berjam-jam di tepi pantai untuk mengutip hidupan laut itu untuk dijadikan sajian keluarga masing-masing.

Surirumah, Rohaya Azizan, dari Kampung Tanjung Besar berkata, dia turun ke tepi pantai hampir setiap pagi sejak tiga hari lepas bagi mencari kepah untuk dijadikan hidangan keluarganya.

Dia akan mencari kepah di kawasan ini bermula jam 9 pagi dan akan balik ke rumah dalam jam 12 tengah hari.

Artikel: https://bit.ly/41HgM9Z

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Buy Now on CodeCanyon