BERITA SEMASA 22 MEI 2023

Dewan rakyat bertukar kecoh apabila Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berang apabila Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim mengatakan 'gila' kepadanya.

Tegas Mohd Sany, Ahli Parlimen Pendang tidak beradab kerana melontarkan kata-kata yang tidak elok dan memintanya untuk menarik balik perkataan itu.

Sementara itu, Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor turut menenangkan suasana Dewan Rakyat dan menegaskan ahli Parlimen supaya lebih beradab dalam berkata-kata kerana anak-anak sedang menonton dari rumah.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian