BERITA SEMASA 23 MEI 2023

Skim perumahan ditawarkan Kerajaan Perpaduan bakal memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat termasuk projek perumahan rakyat untuk membantu golongan B40 di negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir memberitahu pihak Kementerian kini dalam peringkat menilai kembali dasar perumahan negara agar tiada golongan di negara tidak memiliki tempat berteduh.

Beliau turut menambah tiada sebarang projek perumahan untuk golongan belia diumumkan kerajaan terdahulu menerusi inisiatif Perumahan Transit Belia (MyTransit) pada 2018 dan Rumah Transit Belia (RTB) 2021 berjaya dilaksanakan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Parlimen