BERITA SEMASA 24 MEI 2023

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pelepasan status bankrap disegerakan tanpa melihat jumlah hutang yang difailkan jika individu itu sudah jalani tempoh hukuman tertentu selain berkelakuan baik.

Menurutnya, kebankrapan merupakan satu bentuk hukuman dan bukan satu skim pembayaran semula.

Ahli Parlimen Pagoh juga menggesa kerajaan supaya mewujudkan kaedah pelepasan bersyarat yang lebih fleksibel untuk seseorang itu boleh dilepaskan dari status kebankrapan.

#BeritaSemasa #Parlimen #SinarHarian