BULETIN TIKTOK 24 MEI 2023 <br /><br />Meskipun cuaca panas terik, orang ramai tetap tidak berganjak untuk saksikan demonstrasi persembahan pesawat pejuang daripada agensi-agensi pempamer yang hadir sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'23).<br /><br />Bagaimanapun, sejak semalam, video pasukan penerbangan akrobatik Korea Selatan, Black Eagle tular di media sosial dan turut menjadi bualan ramai.
