Kastam rampas 2.09 juta batang rokok di Pantai Senok

BERITA SEMASA 25 MEI 2023

Jabatan Kastam Diraja Malayaia (JKDM) mendedahkan Pantai Senok, Bachok menjadi 'port' baharu pendaratan rokok seludup di Kelantan menggunakan laluan laut.

Pada Selasa lalu, sejumlah 2.09 juta batang rokok bernilai RM1.4 juta termasuk jumlah cukai berjaya dirampas selepas dua minggu intipan dilakukan di kawasan berkenaan.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, rampasan jam 11 malam itu dilakukan selepas pihaknya mengesan sebuah lori yang berada dalam keadaan mencurigakan di tepi pesisir pantai.

Lapor Wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa