BERITA SEMASA 26 MEI 2023

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyindir pimpinan Kerajaan Perpaduan mengenai dakwaan mereka bahawa Perikatan Nasional ada menerima dana daripada syarikat perjudian bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-15.

Beliau berkata, susulan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang tidak dapat membuktikan tuduhan terbabit.

Menurutnya, dakwaan berkenaan jelas merupakan satu fitnah bagi memburukkan gabungan PN.