Jemaah haji Malaysia masuki Makkah mulai Jumaat

BERITA SEMASA 26 MEI 2023

Jemaah haji Malaysia mula memasuki Makkah secara berperingkat pada hari ini melibatkan kumpulan KT1 dan KT2 seramai 565 orang.

Pengarah Operasi Maktab, Mohd Sawal Abong berkata, bagi menyambut ketibaan jemaah terlibat, pihaknya sudah bersiap sedia dari segi penginapan dan kebajikan jemaah.

Terdapat empat zon melibatkan sembilan buah maktab yang ditempatkan di 12 buah hotel.

Katanya, semua penginapan jemaah tidak melebihi jarak 1 kilometer dari dataran Masjidilharam.

Di setiap bangunan penginapan juga terdapat pelbagai kemudahan untuk jemaah seperti klinik kesihatan, urusan pengeposan, dobi, kafe, bimbingan ibadah dan lain-lain lagi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/260282/berita/nasional/jemaah-haji-malaysia-masuki-makkah-mulai-jumaat

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian