Isu pencemaran sungai yang dipenuhi sampah sarap dan sisa buangan domestik, kerap kali menjejaskan imej daerah Johor Bahru, sebagai sebuah bandar yang membangun.

Masyarakat setempat juga bagai tidak mengambil ikhtibar atas insiden pencemaran Sungai Kim Kim yang menjejaskan lebih 6,000 orang penduduk sekitar, empat tahun lalu.

Sungai Skudai turut bakal berdepan ancaman sama, apabila 12 lokasi telah dikesan sebagai hotspot punca pencemaran di sungai terbabit.

Orang ramai yang ditemui menerusi tinjauan di Kampung Pasir, Johor Bahru, turut mengakui, kealpaan diri dan sikap tidak bertanggungjawab, menjadi punca masalah itu terus berleluasa sejak sekian lama.