Pengumuman pelan Kuala Lumpur sebagai pusat syarikat pemula dan industri digital serantau disambut baik oleh Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP).

Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Noor Amy Ismail, usaha berkenaan memerlukan kerjasama holistik rentas kementerian dan agensi berkaitan bagi menjayakannya.

Jelas beliau, kerjasama itu turut memerlukan satu rangka kerja yang mantap untuk menyokong syarikat pemula di Malaysia.