Hujan lebat tidak jejas pergerakan jemaah haji

BERITA SEMASA 29 MEI 202

Amaran hujan lebat berterusan selama lima hari selain ribut petir di kebanyakan wilayah di Makkah sehingga Selasa tidak menjejaskan pergerakan jemaah haji Malaysia, lapor wartawan Sinar Harian, Badruldin Zakaria.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, situasi yang berlaku tidak ditakrifkan sebagai bencana dan hanya dianggap sebagai gangguan kecil kepada aktiviti jemaah haji.

Menurutnya, Tabung Haji (TH) ada prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan yang perlu dilakukan jika sesuatu malapetaka berlaku, setakat ini apa yang terjadi pada pagi Isnin hanya hujan yang sekejap.

Artikel: https://t.ly/DSRL

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

kredit video: Tabung Haji

#BeritaSemasa #SinarHarian