BERITA SEMASA 30 MEI 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan beberapa pemimpin Pas bahawa ada wakil daripada kerajaan menawarkan kepada parti itu untuk berkerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Anwar berkata, beliau sama sekali tidak dimaklumkan berhubung perkara itu malah ia tidak pernah dibincang di peringkat pimpinan tertinggi kerajaan antara Pakatan Harapan atau Barisan Nasional.

Dalam pada itu, Anwar enggan menjawab soalan jika beliau mengakui kerusi-kerusi orang Melayu dan Islam dalam kerajaan kurang, sehingga mendorong kerajaan menawarkan Pas bekerjasama untuk menambah bilangan kerusi Melayu dan Islam di Dewan Rakyat.