Peniaga lemang didenda RM500, cederakan pelanggan

BERITA SEMASA 30 MEI 2023

Seorang peniaga lemang yang mencederakan seorang pelanggan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Melaka pada Selasa, laporan wartawan Sinar Harian Melaka, Nor Farhana Yaacob.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Syamudin Salleh yang membuat pengakuan bersalah setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Pada 23 April lalu, melaporkan seorang peniaga lemang bertindak mencederakan pelanggannya dengan menggunakan buluh lemang.

Mangsa yang merupakan pesara tentera datang ke gerai peniaga tersebut untuk menukar lemang yang dibelinya pada siang hari kerana mentah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/260995/berita/semasa/peniaga-lemang-didenda-rm500-cederakan-pelanggan

#BeritaSemasa #SinarHarian