Dakwaan bunuh warga emas, penganggur dihadap ke mahkamah

BERITA MOJO 31 MEI 2023

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas pada 9 Mei lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh Suhaimi Shamsudin tidak diwakili peguam hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, V Vanita.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh Siti Aminah Mohd Amin, 67, pada 9 Mei 2023 antara lebih kurang jam 7.43 pagi sehingga 1.30 petang di sebuah rumah di Batu 8, Jalan Pantai, Teluk Kemang di Port Dickson.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian