BULETIN TIKTOK 1 JUN 2023

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau kini bersedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat sama.

Kenyataan terbaharu beliau itu membayangkan kedua-dua bekas Perdana Menteri berkenaan mungkin boleh kembali duduk semeja selepas bermusuhan selama lebih tiga tahun.

Memetik MalaysiaNow, Dr Mahathir berkata, usaha memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan antara matlamat utama selain menolak individu yang terpalit dengan isu rasuah atau salah laku jenayah.

Muzik: Night Rider 87-The Verge dari Artlist.co

#BuletinTikTok #SinarHarian #TunM #Muhyiddin