BERITA SEMASA 1 JUN 2023

Situasi kejatuhan ringgit adalah disebabkan dasar Amerika Syarikat (AS) bukan kerana Malaysia tidak mempunyai Menteri Kewangan sepenuh masa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa ia berpunca kekangan antarabangsa yang mempengaruhi kedudukan nilai ringgit.

Beliau berkata demikian ketika menjawab kenyataan Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman yang menggambarkan Malaysia memerlukan seorang Menteri Kewangan dan kompeten yang bertugas sepenuh masa.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #PMX #Pas #Ekonomi