Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 54 tahun dan 25 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk merogol anak kandung.<br /><br />Tertuduh berusia 39 tahun turut mengaku bersalah terhadap tuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii, melakukan kelucahan melampau, miliki pornografi kanak-kanak dan video lucah selepas pertuduhan dibacakan.<br />