BERITA SEMASA 6 JUN 2023

Blok pembangkang hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan yang membawa usul agar Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 dibahaskan di Dewan Rakyat.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan itu bercanggah dengan Perkara 107 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan kerana LKAN perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat.

Selain itu, Ahli Parlimen Kota Bharu itu tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan berkenaan dibuat bagi 'menghalang' usul persendirian yang dibawa oleh pembangkang dibahaskan di Dewan Rakyat.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian