BERITA SEMASA 8 JUN 2023

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak bercadang untuk naikkan harga minyak peket bersubsidi.

Tegasnya, masa belum sesuai dan rakyat masih lagi bergelut dengan isu kos sara hidup, namun kerajaan bakal wujudkan ekosistem dan subsidi bersasar untuk minyak peket.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof tentang isu minyak masak bersubsidi dan terpakai.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian