Jaga maruah diri, usah tayang badan

BERITA SEMASA 7 JUN 2023

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi berbuat demikian, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Kanan (Bahagian Dakwah) JHEAT, Zahari Sulong berkata, ia bertujuan menjaga diri sendiri daripada fitnah serta mendapat keberkatan dalam urusan perniagaan.

Jelas beliau, setakat ini JHEAT mengambil pendekatan memberikan nasihat dan belum mengambil sebarang tindakan tegas berhubung perkara itu.

Artikel: https://go.sinar.la/3J1Khgl

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian