Surprise Me!

Siasatan terhadap Sanusi episod hitam sejarah demokrasi negara

2023-06-08 2 Dailymotion

Siasatan terhadap Sanusi episod hitam sejarah demokrasi negara

BERITA SEMASA 8 JUN 2023

Pas menyifatkan tindakan siasatan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu sejarah pemilikan Pulau Pinang yang dikatakan milik Kedah sebagai episod hitam dalam sejarah demokrasi negara.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Khairil Nizam Khirudin berkata, Pas kesal dengan tindakan kerajaan PH-UMNO itu apatah lagi ketika kerajaan melaung-laungkan mengenai kebebasan bersuara.

Jelasnya, Menteri Besar Kedah itu hanya berkata berdasarkan fakta sejarah iaitu apabila ada pihak membayar pajakan tanah kepada pihak lain, menggambarkan tanah tersebut bukanlah dimiliki pembayar berkenaan.

Artikel: https://go.sinar.la/3P2ehwi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Buy Now on CodeCanyon