BERITA SEMASA 9 JUN 2023

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan proses penyesuaian politik UMNO terus diuji selepas peletakan jawatan Perdana Menteri Ke-7 yang menjadi punca terbubarnya kabinet ketika itu.

Bagaimanapun, UMNO tetap mengambil langkah-langkah politik demi keutamaan negara dan rakyat.

Ahmad Zahid berkata demikian di Persidangan Agung UMNO (PAU) 2023 yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada Jumaat.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian