Kementerian Pendidikan tidak pernah mengeluarkan sebarang ranking sekolah terbaik di negara ini berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Khamis.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ranking yang tular menerusi media sosial sejak semalam adalah di luar pengetahuan pihak kementerian.

Katanya, setiap keputusan berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) itu juga bukan dipertandingkan, sebaliknya sebagai membantu sokongan ke arah peningkatan sekolah itu pada masa hadapan.