315 jemaah haji dipilih sebagai Sahabat Maktab tahun ini

BERITA SEMASA 12 JUN 2023

Tabung Haji (TH) menerima permohonan yang meningkat dua kali ganda daripada jemaah haji yang ditawarkan untuk menjadi Sahabat Maktab pada musim haji kali ini, lapor wartawan Sinar Harian, Badruldin Zakaria.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pada kali ini sejumlah 315 jemaah haji dipilih menjadi Sahabat Maktab.

Katanya, Sahabat Maktab ialah program yang telah diperkenalkan pada tahun 2006 berikutan keinginan dan kesediaan para jemaah haji untuk membantu rakan-rakan lain.

Artikel: https://go.sinar.la/3CjnQQ1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian