Buruh tidak mengaku rogol, liwat tiga anak perempuan

BERITA SEMASA 12 JUN 2023

Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu atas tujuh pertuduhan merogol dan meliwat tiga anak perempuannya dalam kejadian antara Oktober 2022 sehingga Mei lalu.

Tertuduh berusia 38 tahun itu membuat pengakuan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

Artikel: https://go.sinar.la/3NqgsZa

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian