Bermula secara kecil-kecilan dengan dua orang pekerja, kini perniagaan menjual pelbagai jenis biskut dan makanan sedia dimakan atau ‘ready-to-eat’, Evas Food Station di Ipoh Perak, kini berjaya mengukuhkan jenamanya bersama 11 tenaga kerja.<br /><br />Pengurusnya, Nor Aathirah Zulkefli, 32 tahun, berkata walaupun perniagaannya itu baru menjangkau usia tiga tahun, namun teknik pemasaran di media sosial yang dimanfaatkan secara optimum berjaya membangunkan perusahaanya.<br />
