149 keluarga terima rumah baharu sebelum Aidiladha

BERITA SEMASA 18 JUN 2023

Hampir 10 tahun menunggu, akhirnya 149 keluarga di tiga kampung yang diancam banjir akibat fenomena air pasang menerima kunci rumah baharu masing-masing pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Tiga kampung berkenaan ialah Kampung Nelayan, Kampung Sri Tanjung dan Kampung Sungai Sanglang, Pontian, Johor.

Kunci bagi kediaman jenis berkembar bernilai RM150,000 di Taman Datuk Hajjah Fatimah Salim itu diserahkan sendiri Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Dewan Serbaguna Benut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/264097/edisi/johor/149-keluarga-terima-rumah-baharu-sebelum-aidiladha

Muzik: Smile dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian