Anak muda ubahlah tabiat, mula menyimpan wang di Tabung Haji

BERITA SEMASA 19 JUN 2023

Pesanan buat anak muda yang banyak berhabis duit untuk motosikal, ubahlah tabiat itu dan mulalah menyimpan wang di Tabung Haji (TH).

Legenda lumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid berkata, dengan simpanan bermula RM1,300, anak muda sudah boleh mendaftar untuk menunaikan ibadah haji.

Katanya, daripada membeli rim motor berharga RM2,000 hingga RM3,000 adalah lebih baik jika ia digunakan untuk simpanan di Tabung Haji.

Wazi yang hadir sebagai jemaah haji pada tahun ini berkata, beliau cemburu melihat jemaah haji muda dari negara lain yang sudah menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/264077/berita/nasional/simpan-di-tabung-haji-daripada-berhabis-untuk-motor

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian