IKMAL AMRY JAWAB SOALAN CEPUMAS

AWAL-awal lagi, beliau sudah memasang impian untuk memegang status seorang suami dan ayah dalam umur muda.

Tatkala rakan-rakan lain sibuk meneroka dunia kerjaya dan berseronok di luar sana, Ikmal Amry yang mesra disapa Am memilih untuk mendirikan rumah tangga pada umur 26 tahun.

Akui anak keenam daripada lapan beradik itu, antara momen paling indah dalam hidupnya adalah kelahiran pengarang jantung hatinya dan isteri, Cailie yang kini berusia setahun lebih.

Sebagai seorang yang memiliki keluarga yang besar, apa agaknya cabaran yang paling berat yang terpaksa dilalui pelakon Ex Aku Pontianak selepas menjadi bapa?

Selain itu, kata pelakon dan juga model itu, beliau teringin isteri memanggilnya dengan panggilan abang, namun ditolak. Kenapa agaknya?
SinarPlus turut bertanyakan tentang aktiviti beliau lakukan di rumah ketika ketiadaan isteri. Jawapannya memang win.

Jom tonton video ini.