Had usia kenderaan di institut memandu dilanjut 10 tahun

BERITA SEMASA 26 JUN 2023

Had usia kenderaan yang digunakan di institut memandu akan dilanjutkan kepada 10 tahun berbanding tujuh tahun sebelum ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, dasar baharu itu bagi membantu kos pengoperasian institut memandu yang terjejas sebelum ini akibat Covid-19.

Menurutnya, Kementerian Pengangkutan mengambil sedikit pertimbangan untuk memberi kelonggaran tersebut.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pengecualian pemeriksaan berkala bagi kenderaan baharu di bawah institut memandu selama dua tahun.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/265375/berita/nasional/had-usia-kenderaan-di-institut-memandu-dilanjut-10-tahun

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian