Orang Arab tak ambil wuduk macam kita sebab air mahal

TOWN HALL RAKYAT 26 JUN 2023

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rakyat Malaysia ambil mudah kegunaan air berbanding negara lain terutama ketika mengambil wuduk dan membasuh kereta.

Menurutnya, rakyat di Timur Tengah amat menghargai air kerana harganya mahal, malah di Australia juga menjadi satu kesalahan membasuh kereta menggunakan air paip ketika musim kemarau.

Ikuti sesi dialog bersama beliau berkenaan isu-isu semasa dalam Town Hall Rakyat Bersama Nik Nazmi Nik Ahmad di semua platform media sosial Sinar Harian.

Video penuh: https://fb.watch/lpgHLVyu_9/

#TownHallRakyat #SinarHarian #NikNazmiNikAhmad #NRECC