Seorang pemandu treler maut selepas lori yang dipandunya hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung di KM 43.3 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur pada Selasa.<br /><br />Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, kejadian dipercayai berlaku pada jam 4.00 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari Taiping, perak menghala ke Terengganu membawa muatan pasir putih.