Stigma tebal masih wujud terhadap parti DAP lewat imej seperti anti-Islam, anti-Melayu dan sebagainya walaupun parti itu sejak puluhan tahun menyertai aktiviti demokrasi negara ini dengan cukup adil.<br /><br />Apabila yang menyertai DAP itu adalah Melayu, wanita dan muda, ketakutan yang ada jadi makin besar seterusnya mengundang respon yang sesetengahnya, amat tidak wajar.<br /><br />Ketua Biro Undang-Undang Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Quratulain Atiqah Norzahirul Anuar menjawab isu ini, 'Melayu, Wanita, Muda dan DAP' dihoskan Haizir Othman dalam Plot Twist Episod 24.
