Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) memberi jaminan harga beras tempatan tidak dinaikkan walaupun negara ketika ini berdepan isu kekurangan pengeluaran hasil tanaman padi.<br /><br />Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin, berkata permintaan beras yang naik secara mendadak ketika ini masih terkawal dengan pelbagai langkah intervensi digerakkan di semua peringkat rantaian termasuk kilang, pemborong dan peruncit.<br />